Tenggelam Timbul

assalamualaikum..

tengok tajuk pon dah tau kan mmg tu starting aku kalau tulis blog..
act aku pon dah xberapa ada idea sgt la nk tulis blog skrg ni..
dulu rancak laaaa sbb bujang en..
byk masa terluang..
skrg ni masa terluang tula nk masak, basuh baju, lipat kain, main dgn anak, bla..bla..blaa....
haish..
byk kerja nk buat..
cuti pon mcm xcuti..
kdg-kdg aku rasa cuti lg penat dari kojeee...

ouh, btw..
sabtu lepas aku ada pergi kenduri kwn en somi..
boleh plak paking kt tmpt penghulu..
sempat lg la posing sekaliii kt ctu..
nah belanja sket gmbr!
xberkesempatan jadi penghulu..
tmpg amek gmbar pon jd laaa...
lepas tu plak,
lalu plak tmpt nostalgia lama..
tempat "buang belakang" ngn kengkawan...
haishhh..
smpt ajak en somi stop dlu kat ctu..
singgah makan ABC Chocolate...
perghh..layannnnn!
saje upload tgh-tgh hari terik cmni..
huahaha
lokasi : foodcourt (xtau seksyen brape)-shah alam

then singgah plak MPH,
berbekalkan baucar buku sbyk RM250 tu..
beli lah buku utk ibu mertuaku yg tersyg..
alhamdulillah, rezeki utk harini & sebelum-sebelum ini..

semester baru dah start..
so class pon dah start smlm..
lecturer ada bg info sket, so nak share dgn korang semua plak..
mudah-mudahan sama-sama kita dapat pahala & fadhilat tu ye..

FADHILAT ISTIGHFAR

Pertama : Di hapuskan dosa-dosanya dan terselamat daripada azab Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :“Dan tidaklah Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun (istighfar)”(Surah Al-Anfal ayat 33) 

Nabi s.a.w bersabda maksudnya : "Barangsiapa mengucapkan 'Astaghfirullahal Adzim aladzi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaihi' akan diampuni dosa-dosanya, meskipun pernah lari dari medan peperangan"
(Hadis Riwayat Al Hakim)

Kedua : Mendapat balasan Syurga.

Firman Allah s.w.t. maksudnya :  “Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka pula kekal di dalamnya, dan demikian itulah sebaik-baik balasan bagi orang yang beramal.” (Surah al-Imran ayat 135-136)

Menurut Qatadah rahimahullah: “Al-Qur’an menunjukkan kepada kamu tentang penyakit bagi kamu dan penyembuh (ubat) bagi kamu. Adapun penyakit bagi kamu adalah dosa dan penyembuh (ubat) bagi kamu adalah istighfar”.

Berkata Sayyidina Ali k.w.: “Satu keajaiban pada siapa yang binasa (kerana dosa), namun bersamanya penyelamat”. Ditanyakan kepadanya: “Apa dia (penyelamat itu)?” Beliau menjawab: “Istighfar”.

Ketiga :  Terselamat daripada melakukan perbuatan keji .

"Tidaklah (dianggap) melanjutkan (perbuatan keji) orang yang memohon ampun, meskipun dalam sehari ia ulangi sebanyak 70 kali"(Hadis Riwayat Abu Ya’la Al-Maushuli, Abu Daud, At-Tirmidzi dan Al-Bazzaar dalam Musnadnya, Ibnu Katsiir mengatakan, ia hadis hasan; Tafsiy Ibnu Katsir, 1/408).

Keempat : Di jauhi daripada sifat gelisah (ham) dan berdukacita (hazan).

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud : “Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita”

Kelima : Tidak akan mendapat penyakit lupa (nyanyuk).

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya : “Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 kali sehari, dia tidak akan  ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).”

Keenam : Di bebaskan daripada kedukaan , menghilangkan kesempitan hidup dan mendapat rezeki dijalan yang tidak diduga-duga.

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : "Barang siapa memperbanyak Istighfar maka Allah akan membebaskannya dari kedukaan, dan memberinya jalan keluar bagi kesempitannya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak diduga-duga"(Hadis Riwayat Abu Dawud). 

Kalimah istighfar yang perlu kita baca adalah :

 أَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمِ اَلَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُوْمُ وَ أَتُوْبُ إِلَيْه 'Astaghfirullahal Adzim aladzi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaihi'

Semoga kita sentiasa berada di dalam rahmat dan keampunan Allah s.w.t. dan mendapat balasan Syurga yang disediakan-Nya untuk orang-orang Mukmin.

*ini adalah copy-paste dari FACEBOOK*

salam sayang,
sheilawahab

Comments

Popular posts from this blog

FEB 2014 - kisah FIFIE

welcome to my blog.. :)

Tak ada tajuk, BOLEH??